topbella

Sunday, December 29, 2013

rain, flood & exam season

salam sume, harap sume sihat la ye.

maaf la da lama x update blog. bukan sebab malas, bukan sebab takde idea. ni sume sebab takde internet connection.

awal bulan lepas, negara dikejutkan dengan kejadian hujan lebat yang tak reti berhenti & banjir yang melanda negeri2 di sebelah timur. termasuklaa pahang, tpt aku menimba ilmu ni. tp alhamdulillah kawasan kampus and asrama kitorg mmg selamat, tp yang teruk kat bahagian bandar, memang tenggelam terus. jalan semua ditutup, line telefon takde, blackout. aku rasa kitorg da macam stranded kat kuantan ni. tp apa2 pun aku tetap bersyukur sebab aku sempat & dapat balik rumah sebelum exam tu, and dapat mintak restu etc2.

sekarang ni aku sedang menghadapi exam semester 1 bagi clinical year. agak cuak sebenarnye tp berkat sokongan dan dorongan dari ummi & ayah, aku buat2 berani. hehe. takdelah. aku akan call rumah setiap hari, dapat dengar suara parents dan adik2 aku da cukup buat aku terus setia dengan uia. kalau ikut, aku nak tukar kos aje. jadi aku harap semua rakan boleh doakan aku utk success with flying color. aku pon selalu doakan korang berjaya.

*credit: picture from iluvislam.com*

till finger meet keyboard again,
salam 'alayk :)



Monday, November 18, 2013

dia

salam sume, diharapkan sume sihat.

aku nampak dia hari ini.
selepas 2 tahun lamanya terpisah.
mungkin dia dah tak kenal aku.
aku hanya dapat pandang dia dari jauh.
mungkin kami memang tak pernah ditakdirkan bersama.
pernah cuba untuk melupakan.
tetapi terlalu sakit menahan perasaan.
selalu teringatkan dia.

dahulu.
dia sering memahami.
dia sering mengambil berat.
mungkin aku yang terlalu mengharap.
kerana dia insan mulia.

dia perkara terbaik yang pernah terjadi dalam hidupku.
dia yang tak pernah hilang dari ingatan.
dia yang sentiasa bertakhta di hati.



(29th iium convocation, 17 nov 2013)

Saturday, October 26, 2013

isolation

salam sume, didoakan sume sihat..

aku selalu pindah rumah..masa kecik baru kenal dunia kami kat sg ramal & bangi..lepas tu kami pindah ke kajang (smapk) sebab ayah mengajar kat situ..masa aku darjah 5 tengah taun, kami pindah ke melaka (matrik londang) sebab ayah dapat jadi lecturer pulak kat sana..sekolah bertukar, kawan2 bertukar..bila da form 1, aku dapat masuk asrama penuh & hidup aku penuh dgn kawan2 kat melaka..kawan2 kat selangor tak dilupakan tapi da lost contact sebab dulu2 mana ada henpon bagai..sampai aku form 3 tiba2 famili decide pindah ke bangi (rumah lama) semula sebab ayah aku sambung master kat ukm.. lepas tu ayah aku terus mengajar kat ipis (nama lama: mpi) sampai sekarang..bila da habis spm, aku dapat offer ke matrik uia, masa daftar aku jumpa kawan2 masa kat kajang dulu..agak terharu jugak la sebab diorg still ingat aku..kawan2 melaka? of course masih contact :)

disebabkan tu kut aku tak pandai berkawan..sebab aku takut hilang kawan yang da mula rapat dgn aku..bukan mereka yang taknak kawan aku tapi aku sniri taknak bukak hati kenal diorg..ada sesetengah orang yang kata aku sombong, maybe appearance or facial expression kut, bila da kenal kamceng aje..lagipun aku sniri tak reti berkawan kut..taktau camne nak approach, nak jaga hati, tak faham diorg..ada satu ayat yang aku pegang dulu "jaga hati sniri, tak payah fikir orang lain. kalau asyik jaga hati orang, sapa nak jaga hati kita?" mungkin ada yang kata aku ni kejam..memang aku kejam..

tapi bila da besar ni baru aku terfikir, kita bukan hidup sorang2 kat atas muka bumi ni, kena jugak associate dgn orang, keje nanti pun dgn orang..aku start ubah cara pemikiran aku, cara pergaulan dgn kawan2..maafla kalau nampak tak sempurna, saya budak baru belaja, kalau salah tlg tunjukkan..aku belaja hidup dgn kerenah orang lain, faham hati diorg, apa kesukaan dan kebencian diorg..kalau ada kawan2 yang pernah terasa dgn aku, aku mintak maaf sangat2..mungkin aku da keterlaluan kecikkan hati korang tapi percayalah, aku tak pernah berniat macam tu..ikhlas dari hati aku mintak maaf banyak2..


kena berhenti da ni..hidup baik2, mari jadi hamba Allah yang awesome!
till finger meet keyboard again, salam 'alayk :)



Tuesday, September 17, 2013

kembali ke sekolah

salam sume, maaf la lama gile x update blog ni, da berabuk agaknye, maklumlah da masuk 3rd year, penuh dgn tragedi di clinic dan sebagainye *haha, macam tragis sangat aje*

so hari ni aku nak cite pasal program santai bersama senior (sbs) yang dijalankan pada 7hb september *sehari sebelum aku kembali ke kuantan* oleh kawan2 sebatch aku dulu, target audience kitorang actually form 4 yang majority nye still tak nampak future n taktau nak jadi apa bila da besa nanti..

aku macam tibe2 jugak la join program ni, kalau ikut tak masuk dalam to-do-list aku pon, tp sebab aku suka program berbentuk fasilitating ni, so aku join jugak selain nak jumpa kawan2 lama yang bertahun tak dengar cerita..

sehari bersama adik2 form 4, aku sangat faham pe yang diorg hadapi sebab aku lebih kurang aje macam diorg, future aku pun sebenarnye gelap jugak time2 umur diorg ni *dengan malasnye, tak suka study n berjam2 melepak kat padang dgn bow dengan arrow aje* tp alhamdulillah aku sangat bersyukur sebab aku da dalam perjalanan menuju masa depan aku yang insyaAllah cerah..

buat kawan2 yang aku jumpa haritu, kalian sangat aku sayangi, moga kita ketemu lagi dengan izin Yang Maha Esa..


till finger meet keyboard again,
salam 'alayk :)

Sunday, August 18, 2013

ramadhan ditangisi, syawal dirai

salam sume,



till finger meet keyboard again,
salam 'alayk :)


p/s: maaflah lambat sangat update blog ni, da berhabuk n banyak sawang da :D

Tuesday, July 2, 2013

aurat & ikhtilat

salam sume,
sihat ke korang2 ni? selain drpd sakit2 yang aritu tu, so far aku alhamdulillah sihat aje,,

mungkin bila korang tengok tajuk, korang ingat aku gila nak cite pasal ni,,tulah, aku pun ingat aku dah gila kut,,eheh,,xdelah, benda ni memang dah lama aku nak highlightkan tp asyik terlupa n sibuk aje,,yelah, student kan...kalau x sibuk ape lagi...

1- aurat

seperti yang kita sedia maklum, aurat perempuan itu adalah semua bahagian anggota badan kecuali muka n tapak tangan, ini di'applied' dengan lelaki n orang bukan islam, kalau dgn family esp yg perempuan katanya pusat hingga lutut tp kita still akan rasa malu kan nak pakai baju x cukup kain even depan family, n yg pasal bukan islam tu pulak, ada ustazah kat smap labu dulu pernah cakap yang kalau dia jenis yang faham agama islam, dibolehkan tak pakai tudung depan dia, aku tau pun sebab aku pernah sebilik dgn sorang kawan india waktu latihan pusat memanah.

Allah ada berfirman dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri2mu, anak2 perempuanmu dan isteri2 orang mukmin, hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"

aku pun x berapa nak tutup aurat sangat sebenarnya, kadang2 bila malas melampau aku x pakai stoking n inner nak tutup lengan, jadi peringatan ni lebih kepada aku lah, n untuk korang jugak sebab aku sayang korang.


2- ikhtilat

kalau ikut bahasa arab, ikhtilat ni macam pergaulan antara lelaki n perempuan. so bila orang kata kita x jaga ikhtilat maksudnya kita ni x jaga pergaulan, ye kut? aku pun x sure,,kalau salah tolong betulkan ye? selalunye benda2 yang dikaitkan dgn ikhtilat ni ada banyak, contohnya, jangan couple. ni contoh terbaik la kut aku rasa. ada ustaz aku kat uia pj dulu pernah sebutkan 7 tanda2 menuju zina (lihat, senyum, salam, cakap, berhubung, jumpa, ZINA). Allah x kata jangan berzina, tapi jangan menghampiri zina, maksudnya benda yang walaupun nampak remeh tp boleh membawa kita ke neraka.

dalam surah Al-Isra, ayat 32 pulak ada larangan untuk menuju zina yang bermaksud "dan janganlah kamu mendekati zina, zina itu sungguh satu perbuatan keji dan satu perbuatan yang buruk"

aku pun lepas ni nak kena kurangkan bercakap dgn lelaki (walaupun mmg kurang sangat), kurangkan gelak kuat2 (ni aku suka gila buat,hihi), n aku kena suka, sayang n cinta 'Yang Satu' dulu before suka, sayang n cinta 'yang satu', so kalau sape2 yang dah ada calon yg berkenan di hati, bawak jumpa mak ayah n teruskan hubungan yang halal, kan senang? aku? lambat lagi ye, dah, jangan tanya2 lg *_*


maaflah panjang pulak entri kali ni, cuma nak meluahkan apa yg terbuku di hati,
till finger meet keyboard again,
salam 'alayk :)

*semua gambar datang dari cik google*





Monday, June 3, 2013

life event.

salam sume,
arini aku nak bentangkan sebulan yg dah jadi kt aku..

24 april 2013
aku palpitation (debaran jantung) yang dahsyat. kawan hantar aku ke klinik uia, bg oksigen n di'refer' terus ke hosp htaa sb ak ad supraventriculartachycardia (svt). so duduklah aku kt emergency room htaa selama 5 jam n bg oksigen, cek blood pressure n pulse rate every 30 min. amek darah utk cek t4 n tsh. lps tu diorg kasi aku balik n dpt appointment dgn cardiology specialist. diagnosis: paroxymal af.

8 mei 2013
aku dtg klinik uia setelah dipaksa oleh m.o. yang pegang kes aku. dia start ubat propranolol 20mg sekali makan n aku kena makan 2 kali sehari. nak tgk effect ubat katanye. lps2 tu mmg jantung aku sangat normal, except pada certain2 time yang mmg sakit sangat tu, so kena endure lah.

24 mei 2013
birthday aku yang ke-22 (ui, da tua!) n ramai kwn2 dtg bilik wish termasuklah kwn2 pharmacy. diorg ckp aku xbole consume propranolol sebab aku asma. ak x makan ubat ikut dos. haha :D



27 mei 2013
m.o. confirmkan yang aku bole aje makan ubat tu sebab asma x teruk, so lega! so dia increase dos jadi 3 kali sehari. n dia kmslm dgn kwn2 aku. eheh.

30 mei
aku apppointment dgn cardio specialist htaa. masa mlm tu aku dikhianati (pergh, ayat!) oleh someone yang dulunye mmg rapat. tanak cite psl dia lg. so moving on, aku buat ecg n echo sume okay aje. n doc confirmkan yg t4 aku sangat tinggi. aku dpt appointment baru dgn endocrine specialist pulakk. dpt sebekas ubat dari htaa. diagnosis: paroxymal af 20 thyrotoxicosis.



1 jun 2013
akak aku nikah!



*so far aku okay, korg jangan risau ye*

till fnger meet keyboard again
salam 'alayk :)

Monday, May 20, 2013

exam mode

salam sume,
memandangkan sekarang ni exam week...



walaupun sibuk study, solat jangan lupa ye!

till finger meet keyboard again,
salam 'alayk :)

Sunday, April 28, 2013

menunggu hari

salam sume,,
rasa berdebar sangat2,,
x lama da ni!!!





till finger meet keyboard again,
salam 'alayk :)

Wednesday, March 20, 2013

mind blown

salam sume,
aku ada tiga masalah sekarang

1- homesick


2- boring


3- takde idea nak tulih hape


till finger meet keyboard again,
salam 'alayk :)

Sunday, February 10, 2013

engagement along

salam sume,,pe kabar??skang ni tengah cuti tahun baru cina, so aku balik rumah bercuti :)

tanggal 10 feb merupakan hari yang bersejarah kepada keluarga aku sebab first time ummi ayah aku bakal terima menantu kerana akak aku bertunang,,aku malas nak cite panjang,,korang tengok ajelah gambar2 ni,,

1- buah tangan pihak lelaki



2- balasan pihak perempuan



3- sesi menyarung cincin & bacaan doa selamat



4- sesi bergambar




so that's the story of my family,,there's a lot more to go,,

till finger meet keyboard again,,
salam 'alayk :)

Tuesday, January 29, 2013

Allah masih sayang ^^

salam sume,,
pe kabar,,
baru skang aku dapat update,,ada 2 sebab: 1) sibuk sebab duk umah skang ni 2) xde idea yang dtg menjelma,,

so td aku baru check result final exam untuk sem 1 second year ni,,so far alhamdulillah aku panjatkan buat Yang Maha Esa,,aku agak xsangka dapat sebaik tu sebab aku da jangka mcm teruk sket,,ada laa beberapa sebjek yang ada kerja group *presentation, report, asignment* n markah kami untuk satu kumpulan sama,,jadinyaa ada laa beberapa carry mark yang kalau tengok mcm xboleh lulus final exam,,huhu,,da laa aku ni mcm malas sket nak studi,,bila final exam tu,,aku try jugak laa buat yang terbaik yang boleh aku bagi,,ad certain paper yang buat aku mcm menggigil gak laa nak jawab,,tp ada jugak yang okay sangat,,hee,,pdhal aku rasa xdelah pulun sangat aku studi,,

kesimpulan yang aku boleh buat kat sini ialah Allah masih sayang kat aku,,even tho ad byk benda yang aku buat xmenepati syariat Islam,,kdg2 aku rasa mcm ni sume istidraj aje,,sebab even aku banyak buat dosa pun still Allah bagi aku kejayaan n whatnot,,nampaknya lepas ni kena tambah amalan bagi banyak sket,,yang wajib xtinggal, yang sunat dibanyakkan, insyaAllah,,doakan aku ye kwn2,,n aku pun akan selalu doakan kwn2 yang aku sayang ni,,terima kasih kerana still berkawan dgn aku yang hina-dina ni,,uhukuhuk,,


till finger meet keyboard again,,
salam 'alayk
:)


Blog Owner

My photo
me, myself and i are one.