topbella

Sunday, February 16, 2014

family saya

salam semua, diharapkan semua sihat la ye. aku baru aje baik dari demam + selsema + batuk + sakit tekak. bila pergi klinik, doktor bagi setambun ubat.

ramai gak yang tanya pasal family aku sebenarnya. pelik gak sebab aku bukannya selebriti sampai nak kenal family member aku kan?? tapi takpelah , memandangkan aku pun tak tahu nak cite apa untuk entri ni, so aku nak kenalkan la family mamber aku, dan cite serba sedikit pasal mereka.

1- ayah

nama ayah aku Mohd. Puzi bin Othman. beliau seorang lecturer tapi suka sangat bertukang & bercucuk tanam. beliau ni dulu cikgu sains & biologi kat smap kajang & kolej matrikulasi melaka. pastu lepas sambung master, beliau jadik penyarah kat institut pendidikan guru (nama lama: mpi). beliau seorang yang sangat kelakar, suka tolong orang & sangat responsible la senang cakap.

2- ummi

nama ummi aku pulak Noraini binti Madyudin. beliau ni cikgu bm kat sekolah menengah. sekolah tu sekolah tahfiz jadi beliau dipanggil ustazah oleh anak2 murid. aku boleh admit yang sekolah yang pertama aku adalah rumah sendiri sebab ayah & ummi aku banyak ajar kami adik-beradik dari boleh kenal huruf sampai dah takde yang sekolah rendah. ummi aku memang suka sangat cite2 penyiasatan macam csi, bones, the mentalist etc sampai kami kat rumah tu dah tersuka jugak.

3- along

along aku pulak namanye Nur 'Ain Wahidah. beliau ni seorang executive (selalu berlagak dengan aku dia exec) untuk program merakyatkan ekomoni selangor (mes) tapi beliau dalam skim mikrokredit selangor. beliau adalah sister cum bestfriend sejak dari aku baby. gelak, gaduh semua sekali sama2. sejak beliau berkahwin, aku kehilangan seorang bestfriend yang best!. yang sebelah tu la husband beliau, seorang lawyer, banglong kitorang, menjadi reference bila tengok cite law & order. sekolah sama dengan aku (rumah sukan pon sama), universiti pon sama tp branch aja yang berbeza.

4- banglang

ni satu2nya lelaki dalam salasilah adik-beradik kitorang. dia ni skang belajar kat unikl mimet, sebab dia minat sangat pasal kapal2 ni. suka bajet hensem, jadi kitorang tak boleh ambik gambar dengan dia, cuma gambar candid aje la yang ada. kadang2 perangai baik, kadang2 bole borak2 pasal anime, kadang2 mengamuk tak tentu pasal. tu la dia, tp overall okayy aje. sekolah depan rumah, sebab tak suka duduk asrama. bila masuk mimet, selalu homesick!

5- kak uda

yang ni pulak namanye Nur 'Ain Sakinah. kalau korang pandai, cuba carik dia yang mana (hint: muka macam aku sikit). dia ni memang pandai la, tak study pon boleh dapat A. sangat obses dengan rumah sukan, aku pun tak paham pasaipa (bdk sbp memang camtu kut). sekolah smap jugak tp belah kajang, so tiap2 minggu parents aku datang sekolah hantar makanan + barang2.

6- adik

adik ni namanye Nur 'Ain Solehah. banyak beza dengan aku, dalam 10 tahun rasanya. dia lah yang last child in family & last grandchildren pon. so manjanya lebih sikit, suka melekat kat aku dengan along. nasib baik ko dah kahwin along, selamat. sekolah sama dengan kak uda tadi, tp rumah sukan lain2. bila balik rumah duk sebok menangkan rumah sukan masing2.

tu lah serba sedikit pasal family aku. sekarang aku jauh dengan diorg semua. dari sekolah menengah macam tu: smapl kat n9 & univ kat pahang. nanti kerja, kahwin. eh.

diharapkan semua pembaca terhibur dengan entri kali ini. kalau ada apa2 isu yang nak suruh saya bentangkan/kupas, boleh tulis kat ruangan komen (first time suruh orang komen). selamat berjumpa lagi di lain waktu.

till finger meet keyboard again,
salam 'alayk :)




Blog Owner

My photo
me, myself and i are one.