topbella

Tuesday, April 7, 2015

sekadar peringatan

salam sume.. harapnye you all sihat2 belaka laa ye, n sentiasa dalam perlindungan Allah.. sebenarnye rindu nak membebel dalam ni.. asyik menaip thesis aje..

tujuan post kali ni ialah nak menegur segelintir pihak yang menggunakan social media sewenang2nya.. jadi sape makan cili dia rasa pedas, sape tak buat apa2 tak payah terasa, okayy??

mereka yang cerita tentang perempuan
diorang ni post macam2 (especially kat facebook) pasal pregnancy test, breastfeeding, & benda2 yang ada kena mengena dengan bust up. masalahnye, aku yang baca dan lalu kt newsfeed tu pun malu. korang penah dengar tak yang imaginasi lelaki2 kat dunia ni liar & kreatif? firstly, pregnancy test tu korang pun tau camne korang buat, tak malu ke amek gambar ada k*****g korang? yang pasal breastfeeding tu pulak, even korang letak gambar yang takde kaitan langsung dengan mende2 tu, penceritaan korang da cukup buat lelaki2 ni gila. akak aku pernah ditanya oleh adik lelaki aku (umur dia 19), "along, diorang yang post pasal breastfeeding la, susu tak banyak la, diorang tak malu ke?" even akak aku yang dah kahwin tu pun terpukul dengan soalan dia. dah la adik laki sorang tu aje. adoilaa, wahai wanita2 sekalian, you're precious. keep it private, will ya? kenapa nak ditayang pada yang bukan hak?

mereka yang cerita tentang wedding, anak & PDA
korang mesti pernah dengar kan, rezeki orang masing2? tapi pernah tak korang fikir, tak pun 'terfikir' apa perasaan orang yang tak kahwin lagi padahal umur dah terlajak, atau pun orang yang still tak dapat anak even dah lama kahwin? sila jaga hati & perasaan orang lain sama! ada yang sikit2 post dia rindu husband/wife "miss you so much cayunk" *sorry i don't speak idiot*, yang post bagitau masak apa untuk husband "ni je yang mampu masak untuk husband" *duit takde ke masak tu aje*, yang post pasal husband bawak jalan "syoknye abang bawak jalan" *macam husband orang lain tak bawak wife dia jalan*, yang post pasal isteri masak sedap "terima kasih sayang sebab masak untuk abang" *macam isteri dia sorang aje yang masak untuk dia*. manusia2 macam ni sebenarnye diorang nak dipuji aje sebenarnye, jadi bila ada orang like & komen status dia, dia rasa dia dapat attention. ada jugak satu kaum/puak yang before kahwin kemain menjaga, tapi bila dah kahwin sume benda nak dibagitau. konon sweet couple la, suka bila orang duk komen kiut, comel etc. padahal dulu dia laa yang duk sibuk2 bercakap berdegar2 "public display of affection tu tak bagus, Rasulullah pun tak buat" tapi puiii! bukan aku nak memburukkan kaum2 ni, tapi orang akan mempertikaikan apa yang depa duk buat ni, sebab bertentangan dengan apa yang depa duk cakap. nanti sape susah? orang Islam jugak kannnn?

mereka yang cerita tentang awekss & boyprenss
yang ni komfem berdosa besar. lagikan orang yang bertunang pun tak leh mesra2, apatah lagi yang takde apa2 ikatan, kannn? jangan dibangga sangat hubungan yang takkan ke mana tu.. time belajar subjek ungs kat cfs dulu, dr cakap "bila terlalu banyak yang dah diberi sebelum kahwin, nanti dah takkan ada apa2 yang nak diberi selepas kahwin". satu lagi, bila couple2 ni, selalu mak bapak tak tau kan? so banyak la menipu parents, cakap pegi library/study group (padahal dating). nanti lepas kahwin, mesti akan boleh menipu jugak kann? fikir2kan laaaa. pastu banyak isu2 sekarang pasal non-muslim tak hormat muslims. macam mane diorang nak respect kita kalau perangai kita pun macam diorang? apa beza muslim vs non-muslim kalau gitu?

aku dah tak tau nak cakap pasal apa dah.. tulaa yang jadi bila aku dah start luahkan apa dalam hati ni, sume benda lupa.. hadoi laa.. aku serius takde niat nak kecikkan hati sape2, cuma harap akan kurang (lagi baik takde langsung) post2 yang macam ni.. mintak maaf kalau ada yang terasa, terkecik hari, terguris perasaan dengan post ni.. aku tinggalkan soalan2 kat setiap point tu supaya sume boleh muhasabah balik diri sendiri (aku pun) sebab kadang2 kita buat salah, kita takkan sedar, kena ada orang lain yang ingatkan.. sama2 laa kita menjadi muslim by heart & muslim by action ^^


till finger meet keyboard again,
salam 'alayk (:

Blog Owner

My photo
me, myself and i are one.