topbella

Tuesday, January 14, 2014

love yourself, please

salam semua, semoga semua sihat2 aja..

rasa macam awal gila la pulakk aku update blog ni. selalunya nak abis bulan tu baru la nak lap segala habuk2 kat sini. tapi aku benda yang aku nak cakap, yang aku rasa penting (bagi aku la).

aku selalu dengar kawan2 aku cakap, "aku ni tak lawa la", "aku ni chubby sangat", "aku tak pandai mana pon". aku selalu geram dengan diorang, sebab aku pon kadang2 rasa camtu jugak. tapi takdelah sampai nak bagitau satu universiti ni. adoi laaa. kalau ada terdetik dalam hati aku macam tu, aku akan teringat someone cakap dengan aku macam ni "semua orang cantik, ain. Allah da cipta semua orang berbeza2 kecantikan dia. kalau kita tak suka diri sendiri, kita macam dah tak suka apa yang Allah cipta. tu dah masuk kufur nikmat tau!". siapa yang cakap? tak perlu laa korang tahu, cukuplaa kita tau dia cakap apa.

lagi satu, yang buat aku nak mendidih darah aku, diorang akan kaitkan menda2 ni dengan kahwin. dah takde topik lain ke nak cakap? stres aku! "aku ni da la tak cantik, tak pandai pulak tu, sape la yang nak". aku nak aje cakap kat manusia tu "memang pon!" tp aku rasa macam kurang aja la pulak. kang tak pasal bermasam muka. hei, kau pernah dengar tak perkataan J.O.D.O.H? ni kan yang Allah da tetapkan untuk semua orang. saba aje la kejap, belajar dulu ke, ni sibuk nak kahwin sangat. kalau kau tak kahwin lagi, mungkin Allah rasa kau belum sedia nak pikul tanggingjawab. okay sayang?

personally, aku rasa rupa paras tu tak penting, kalau orang sayang/suka kita sebab fizikal, bila kita da tak cantik, dia akan tinggalkan/tak suka kita kan? betul tak? nah dengar lagu ni:

selena gomez - who says

maaflaa aku macam emosional sikit entri ni, tapi aku nak korang tau isi hati aku ni.


till finger meet keyboard again
salam 'alayk :)

Sunday, December 29, 2013

rain, flood & exam season

salam sume, harap sume sihat la ye.

maaf la da lama x update blog. bukan sebab malas, bukan sebab takde idea. ni sume sebab takde internet connection.

awal bulan lepas, negara dikejutkan dengan kejadian hujan lebat yang tak reti berhenti & banjir yang melanda negeri2 di sebelah timur. termasuklaa pahang, tpt aku menimba ilmu ni. tp alhamdulillah kawasan kampus and asrama kitorg mmg selamat, tp yang teruk kat bahagian bandar, memang tenggelam terus. jalan semua ditutup, line telefon takde, blackout. aku rasa kitorg da macam stranded kat kuantan ni. tp apa2 pun aku tetap bersyukur sebab aku sempat & dapat balik rumah sebelum exam tu, and dapat mintak restu etc2.

sekarang ni aku sedang menghadapi exam semester 1 bagi clinical year. agak cuak sebenarnye tp berkat sokongan dan dorongan dari ummi & ayah, aku buat2 berani. hehe. takdelah. aku akan call rumah setiap hari, dapat dengar suara parents dan adik2 aku da cukup buat aku terus setia dengan uia. kalau ikut, aku nak tukar kos aje. jadi aku harap semua rakan boleh doakan aku utk success with flying color. aku pon selalu doakan korang berjaya.

*credit: picture from iluvislam.com*

till finger meet keyboard again,
salam 'alayk :)



Monday, November 18, 2013

dia

salam sume, diharapkan sume sihat.

aku nampak dia hari ini.
selepas 2 tahun lamanya terpisah.
mungkin dia dah tak kenal aku.
aku hanya dapat pandang dia dari jauh.
mungkin kami memang tak pernah ditakdirkan bersama.
pernah cuba untuk melupakan.
tetapi terlalu sakit menahan perasaan.
selalu teringatkan dia.

dahulu.
dia sering memahami.
dia sering mengambil berat.
mungkin aku yang terlalu mengharap.
kerana dia insan mulia.

dia perkara terbaik yang pernah terjadi dalam hidupku.
dia yang tak pernah hilang dari ingatan.
dia yang sentiasa bertakhta di hati.



(29th iium convocation, 17 nov 2013)

Saturday, October 26, 2013

isolation

salam sume, didoakan sume sihat..

aku selalu pindah rumah..masa kecik baru kenal dunia kami kat sg ramal & bangi..lepas tu kami pindah ke kajang (smapk) sebab ayah mengajar kat situ..masa aku darjah 5 tengah taun, kami pindah ke melaka (matrik londang) sebab ayah dapat jadi lecturer pulak kat sana..sekolah bertukar, kawan2 bertukar..bila da form 1, aku dapat masuk asrama penuh & hidup aku penuh dgn kawan2 kat melaka..kawan2 kat selangor tak dilupakan tapi da lost contact sebab dulu2 mana ada henpon bagai..sampai aku form 3 tiba2 famili decide pindah ke bangi (rumah lama) semula sebab ayah aku sambung master kat ukm.. lepas tu ayah aku terus mengajar kat ipis (nama lama: mpi) sampai sekarang..bila da habis spm, aku dapat offer ke matrik uia, masa daftar aku jumpa kawan2 masa kat kajang dulu..agak terharu jugak la sebab diorg still ingat aku..kawan2 melaka? of course masih contact :)

disebabkan tu kut aku tak pandai berkawan..sebab aku takut hilang kawan yang da mula rapat dgn aku..bukan mereka yang taknak kawan aku tapi aku sniri taknak bukak hati kenal diorg..ada sesetengah orang yang kata aku sombong, maybe appearance or facial expression kut, bila da kenal kamceng aje..lagipun aku sniri tak reti berkawan kut..taktau camne nak approach, nak jaga hati, tak faham diorg..ada satu ayat yang aku pegang dulu "jaga hati sniri, tak payah fikir orang lain. kalau asyik jaga hati orang, sapa nak jaga hati kita?" mungkin ada yang kata aku ni kejam..memang aku kejam..

tapi bila da besar ni baru aku terfikir, kita bukan hidup sorang2 kat atas muka bumi ni, kena jugak associate dgn orang, keje nanti pun dgn orang..aku start ubah cara pemikiran aku, cara pergaulan dgn kawan2..maafla kalau nampak tak sempurna, saya budak baru belaja, kalau salah tlg tunjukkan..aku belaja hidup dgn kerenah orang lain, faham hati diorg, apa kesukaan dan kebencian diorg..kalau ada kawan2 yang pernah terasa dgn aku, aku mintak maaf sangat2..mungkin aku da keterlaluan kecikkan hati korang tapi percayalah, aku tak pernah berniat macam tu..ikhlas dari hati aku mintak maaf banyak2..


kena berhenti da ni..hidup baik2, mari jadi hamba Allah yang awesome!
till finger meet keyboard again, salam 'alayk :)



Blog Owner

My photo
me, myself and i are one.