topbella

Friday, July 25, 2014

bila malas tulis blog...

salam all..maaf laa da lama sangat tak update blog ni..
sibuk bebeno semenjak dua menjak ni..

1) cuti sem
bila time cuti sem, memang perasaan nak bukak internet tu takde..jangankan blog, facebook dengan twitter pun dah ke mana menghilang..lagi2 bila ada 'ulat bulu' yang comel kat rumah, memang laptop tu duduk dalam stor aje laa.

2) praktikal
aku sekarang tengah latihan industri..tempat dirahsiakan..haha..tp alhamdulillah aku boleh adapt kat sana & dapat kawan2 baru yang sama2 belajar jugak, tukar2 idea, fikiran, nota & movies..baru 5 minggu setel, lagi 3 minggu sambung lepas raya nanti.

3) anak saudara
untuk sape2 yang taktau, kakak aku selamat melahirkan baby perempuan 6 may haritu..gambar2 memang takde langsung kat facebook, twitter @ instagram sebab aku pernah baca, tak elok letak gambar baby..jadi sape nak tengok si kecik, sila datang melawat ye.

4) obses baru
lepas westife dah berpecah, aku dah kurang dengar lagu2 diorang..tp minat akuu dah beralih ke satu boyband jepun..lagu2 haruslaa sedap, music video pun mantap, muka pun bole tahan hensem..bila aku bosan, aku ulang tengok variety show & music video diorang.


5) puasa
puasa time kerja tak rasa penat sangat bila compare kita tak buat apa2 kat rumah..sebab bila takde keje, kita akan duk tenung aje jam nak tengok bila nak bukak puasa..kalau keje, balik keje dah azan so bole terus makan..sepatutnya bila puasa kita lagi kena produktif & cepat..kan puasa tu 'F.A.S.T'?

6) mh 17
al-fatihah buat semua mangsa yang beragama islam & diharapkan ahli keluarga mangsa tabah mengahadapi dugaan.

sebelum mengundur diri, aku nak ucapkan selamat hari raya aldilfitri buat kawan2 serata dunia, mohon ampun dan maaf dipinta..balik kampung nanti, bawak kereta elok2 & berhati2 di jalan raya.


till finger meet keyboard again,
salam 'alayk (:

Tuesday, May 27, 2014

23 years of living

salam all, diharapkan semua sihat2 belaka..sebenarnya tengah sibuk final exam sem 2 untuk 3rd year tapi sebab rasa macam dah bersawang blog ni, tu yang jenguk kejap..rupa2nya dah nak sebulan aku tak tengok blog ni..maaflaa wahai blog..

beberapa hari yang lepas ulangtahun kelahiran aku.. ramai jugak yang wish..thru calls, messages, wasaps, facebook & face-to-face..ada jugak yang bagi hadiah, walaupun kalau ikut umur aku ni tak layak dapat hadiah, haha..gembira + terharu sangat2..gembira sebab masih ada yang ingat tarikh lahir aku..terharu sebab ada member yang sanggup tunggu pukul 12 untuk wish aku..

alhamdulillah, aku masih diberi peluang hidup selama 23 tahun..sepanjang umur tu, aku sangat bersyukur kepada semua yang pernah muncul dalam hidup aku..tapi aku nak highlight orang2 istimewa aje dalam blog ni..

1- ummi & ayah
tanpa anda berdua, mana saya nak ada kat dunia, kan? terima kasih dah lahirkan, jaga, didik, hantar pergi sekolah & sokong semua yang saya buat..moga saya dapat balas segala kebaikan kalian walaupun saya tahu tak terbalas..love you both!


2- along, banglang, uda, adik
korang adalah tulang belakang, penguat semangat & penyembuh segala kesakitan. along, terima kasih jadi 'shoulder to cry on'. banglang, terima kasih jadi kawan bergaduh. uda, terima kasih jadi tempat simpan rahsia. adik, terima kasih jadi 'the one & only adik'. love you all!


3- my sisters from another mother
ada, tiah, tiqah, fatin & nusaibah sayang..a simple thank you wouldn't enough, kan? hope we will stay sisters forever. love you all!


sekarang boleh fokus final exam (patutnya dah lama kena fokus kan?)..tak sabar nak balik..nak jumpa si kecik yang makin montel..

till finger meet keyboard again,
salam 'alayk ;)

Wednesday, April 30, 2014

japanese beauty

salam all..harap semua sihat la ye..sebelum terlupa, selamat hari pekerja diucapkan kepada semua kakitangan kerajaan & swasta yang selalu bertungkus-lumus bekerja (skema gila ayat, seronok ummi camni)..okay kita cite pasal lain pulak, aku nak cite pasal japanese actresses pulak untuk entri kali ni..tapi aku malas nak tulis panjang2 so aku bgtau cite yang diorang berlakon aje..hihi enjoy (:

1- yamada yu
* info: isteri oguri shun
* cerita: seigi no mikata, binbo danshi

2- kuroki meisa
* cerita: crow zero, one pound gospel

3- aragaki yui
* cerita: hanamizuki, code blue, my boss my hero, koizora, dragonzakura

4- toda erika
* cerita: code blue, hana yori dango, death note

5- inoue mao
* cerita: i give my first love to you, hana yori dango, first kiss

6- horikita maki
* cerita: atasinchi no danshi, hanazakari kimitachi e, kurosagi

7- ueto aya
* cerita: my little chef, nagareboshi, attention please

8- kashii yu
* cerita: my boss my hero, death note, detective conan live action

tu je la aku nak cite..sebab korang takde apa2 request, aku merepek post apa2 ikut suka aku..kalau ada cadangan atau komen, boleh tulis kat komen box kat bawah..sebelum aku lebih banyak merepek, baik aku berenti sekarang..

till finger meet keyboard again,
salam 'alayk (:


p/s: aku nak final exam hujung bulan 5 ni..dooakan aku ye semua orang!

Monday, April 7, 2014

gula-gula kanak2

salam all. harap semua dalam lindungan rahmat-Nya sentiasa.

baru habis second last mid term paper..susah ke? taktau nak cakap camne..yg pasti aku da jawab..keh33
sebenarnye tengah bosan..sambil makan gula-gula bento, pastu rasa macam nak cite pasal makanan time aku kecik2 dulu..zaman tu 90an..kalau sape yg lahir zaman2 tu mesti penah rasa, tak pun tengok..jom tengok (:

1- bento tablet susu
gula2 ni memang best..ada macam perisa..ros, vanila, kopi, kelapa, coklat & susu biasa..time aku kecik2 dulu ada jual kat pasar malam rm1 dapat 35 bijik..kalau tak silap laa..skang still ada lagi tapi dah tak femes da..

2- white rabbit gula putih
gula ni femes sebab dia kenyal2 macam chewing gum tapi boleh makan..aku suka menda alah ni sebab aku tak makan chewing gum tp boleh kunyah macam chewing gum aje..lagi satu plastik dia boleh makan..sedap betul.

3- hi sour
gula ni memang masam ya Rabbi! aku dengan akak aku memang pantang nampak, mesti beli..dulu seposen sebijik standard laa..ada purple (anggur), kuning (lemon), hijau (epal) & merah (ceri)..tapi feveret aku purple..kalau ayah aku makan muka tak berubah kut.

4- lucky cocoa ball
ni coklat kut, bukan gula..memang lazat la kan..masuk mulut terus cair..dulu mana ada m&m..ni la antara coklat2 yang best selain choki2 dengan cloud 9..kalau beli sekotak tuang semua sekali dalam mulut..so kena beli berkotak-kotak.

5- mini pop
yang ni ala lolipop tapi plastik dia tak macam big top tu, plastik jenis lebar..akak aku cakap orang tu malas nak keronyokkan..boleh jugak macam tu..ni semua perisa buah..pastu luar plastik dah ada gambar buah perisa tu.

6- push pop
ni pun sama macam kat atas tapi dia jenis tolak keluar guna jari..budak2 pompuan sekolah aku dulu beli yang kaler merah pastu bajet gincu, jalan sebelah budak lelaki yang diorang suka..pastu buat cite budak sekolah lain bagi hadiah..ada kawan aku yang memang kemaruk menatang ni.

7- trebor t-drop
gula ni best sebab dia ada serbuk putih..ada 3 cara makan, makan gula+serbuk, makan gula lepas tu ratah serbuk, atau makan serbuk pastu baru makan gula2..ada member aku cakap menda putih tu dadah okayy..lama gak kwn2 dia tak makan sebab percaya dengan dia..pun banyak perisa sebekas tu..semua perisa buah.

8- gula udang merah
gula ni poyo aje 'udang merah' padahal bukan rasa udang pun..just bentuk dia macam udang ada garis2 bila kita bukak pembalut..plastik boleh makan, pastu cair dalam mulut..memang superb..aku ada makan baru2 ni tapi jenis panjang skit..dah tak sedap da.

sebenarnya semua gula2 ni ada lagi tapi hanya ada kt kedai2 runcit yang lama..kalau rasa teringin nak makan, sila la pi cari :D

till finger meet keyboard again,
salam 'alayk :)

Blog Owner

My photo
me, myself and i are one.