topbella

Monday, September 1, 2014

2 bulan menghilang

salam sume, apa khabar? sori la, dah 2 bulan rupanya da x update blog ni. aku takde masa sebenarnye. baru habis internship kat hospital, kene siapkan segala documents yang nak kene hantar minggu ni + minggu depan. tu sebab la tak menjenguk.

1) internship
best gila practical. banyak dapat knowledge baru. sekarang baru rasa yang segala ilmu yang aku ada tak pernah cukup. tengok staf keje, mantap gila teori + praktikal jangan cakaplaa, mesti lagi hebat. padahal diorang belajar dulu lagi susah daripada kitorang. bila ditanya soalan, rasa macam tak pernah belajar apa2. banyak nak kene belajar balik ni.

2) raya
dah terlambat kut nak ucap selamat hari raya. takpelah, moga semua orang punya raya celebration meriah sangat. aku, cam biasa laa, balik kedah (kampung belah ayah aku) pastu pergi jalan2 kat melaka (kampung belah mak aku) pulak. pastu rumah2 yang terdekat. rumah kawan2 dah tak pergi, sebab kawan2 lama dah jauh, tak tau diorang kat mana. kawan2 sekarang pulak rumah jauh dari aku, just wish hari raya je thru msg + wasap.

3) ku elya alissa
tu nama anak sedara aku yang dah nak masuk 4 bulan. aku kan ada belajar sikit2 pasal developmental milestone baby, pastu bila aku tengok dia ni, aku rasa dia ni macam advanced sikit. baby lain mana boleh dongak umur sebulan, dia jangankan nak dongak, berdiri pun dah. tinggal nak duduk + jalan tanpa support aje. cepat betul masa jalan, tengok2 nanti da sekolah apa budak ni.


4) sem baru, tahun baru
hujung minggu ni balik uia balik, masuk tahun 4 pulak. insyaAllah aku nak grad tahun depan dengan classmates aku yang ada 16 orang aje tu. jom belajar rajin2!!!

tu jelaa nak cakap untuk entri ni. sebelum aku merepek, baik aku berenti dulu.

till finger meet keyboard again,
salam 'alayk (:



p/s: kalau aku nak bukak blog baru ajar bahasa arab, ada orang suka x agak2?

Friday, July 25, 2014

bila malas tulis blog...

salam all..maaf laa da lama sangat tak update blog ni..
sibuk bebeno semenjak dua menjak ni..

1) cuti sem
bila time cuti sem, memang perasaan nak bukak internet tu takde..jangankan blog, facebook dengan twitter pun dah ke mana menghilang..lagi2 bila ada 'ulat bulu' yang comel kat rumah, memang laptop tu duduk dalam stor aje laa.

2) praktikal
aku sekarang tengah latihan industri..tempat dirahsiakan..haha..tp alhamdulillah aku boleh adapt kat sana & dapat kawan2 baru yang sama2 belajar jugak, tukar2 idea, fikiran, nota & movies..baru 5 minggu setel, lagi 3 minggu sambung lepas raya nanti.

3) anak saudara
untuk sape2 yang taktau, kakak aku selamat melahirkan baby perempuan 6 may haritu..gambar2 memang takde langsung kat facebook, twitter @ instagram sebab aku pernah baca, tak elok letak gambar baby..jadi sape nak tengok si kecik, sila datang melawat ye.

4) obses baru
lepas westife dah berpecah, aku dah kurang dengar lagu2 diorang..tp minat akuu dah beralih ke satu boyband jepun..lagu2 haruslaa sedap, music video pun mantap, muka pun bole tahan hensem..bila aku bosan, aku ulang tengok variety show & music video diorang.


5) puasa
puasa time kerja tak rasa penat sangat bila compare kita tak buat apa2 kat rumah..sebab bila takde keje, kita akan duk tenung aje jam nak tengok bila nak bukak puasa..kalau keje, balik keje dah azan so bole terus makan..sepatutnya bila puasa kita lagi kena produktif & cepat..kan puasa tu 'F.A.S.T'?

6) mh 17
al-fatihah buat semua mangsa yang beragama islam & diharapkan ahli keluarga mangsa tabah mengahadapi dugaan.

sebelum mengundur diri, aku nak ucapkan selamat hari raya aldilfitri buat kawan2 serata dunia, mohon ampun dan maaf dipinta..balik kampung nanti, bawak kereta elok2 & berhati2 di jalan raya.


till finger meet keyboard again,
salam 'alayk (:

Tuesday, May 27, 2014

23 years of living

salam all, diharapkan semua sihat2 belaka..sebenarnya tengah sibuk final exam sem 2 untuk 3rd year tapi sebab rasa macam dah bersawang blog ni, tu yang jenguk kejap..rupa2nya dah nak sebulan aku tak tengok blog ni..maaflaa wahai blog..

beberapa hari yang lepas ulangtahun kelahiran aku.. ramai jugak yang wish..thru calls, messages, wasaps, facebook & face-to-face..ada jugak yang bagi hadiah, walaupun kalau ikut umur aku ni tak layak dapat hadiah, haha..gembira + terharu sangat2..gembira sebab masih ada yang ingat tarikh lahir aku..terharu sebab ada member yang sanggup tunggu pukul 12 untuk wish aku..

alhamdulillah, aku masih diberi peluang hidup selama 23 tahun..sepanjang umur tu, aku sangat bersyukur kepada semua yang pernah muncul dalam hidup aku..tapi aku nak highlight orang2 istimewa aje dalam blog ni..

1- ummi & ayah
tanpa anda berdua, mana saya nak ada kat dunia, kan? terima kasih dah lahirkan, jaga, didik, hantar pergi sekolah & sokong semua yang saya buat..moga saya dapat balas segala kebaikan kalian walaupun saya tahu tak terbalas..love you both!


2- along, banglang, uda, adik
korang adalah tulang belakang, penguat semangat & penyembuh segala kesakitan. along, terima kasih jadi 'shoulder to cry on'. banglang, terima kasih jadi kawan bergaduh. uda, terima kasih jadi tempat simpan rahsia. adik, terima kasih jadi 'the one & only adik'. love you all!


3- my sisters from another mother
ada, tiah, tiqah, fatin & nusaibah sayang..a simple thank you wouldn't enough, kan? hope we will stay sisters forever. love you all!


sekarang boleh fokus final exam (patutnya dah lama kena fokus kan?)..tak sabar nak balik..nak jumpa si kecik yang makin montel..

till finger meet keyboard again,
salam 'alayk ;)

Wednesday, April 30, 2014

japanese beauty

salam all..harap semua sihat la ye..sebelum terlupa, selamat hari pekerja diucapkan kepada semua kakitangan kerajaan & swasta yang selalu bertungkus-lumus bekerja (skema gila ayat, seronok ummi camni)..okay kita cite pasal lain pulak, aku nak cite pasal japanese actresses pulak untuk entri kali ni..tapi aku malas nak tulis panjang2 so aku bgtau cite yang diorang berlakon aje..hihi enjoy (:

1- yamada yu
* info: isteri oguri shun
* cerita: seigi no mikata, binbo danshi

2- kuroki meisa
* cerita: crow zero, one pound gospel

3- aragaki yui
* cerita: hanamizuki, code blue, my boss my hero, koizora, dragonzakura

4- toda erika
* cerita: code blue, hana yori dango, death note

5- inoue mao
* cerita: i give my first love to you, hana yori dango, first kiss

6- horikita maki
* cerita: atasinchi no danshi, hanazakari kimitachi e, kurosagi

7- ueto aya
* cerita: my little chef, nagareboshi, attention please

8- kashii yu
* cerita: my boss my hero, death note, detective conan live action

tu je la aku nak cite..sebab korang takde apa2 request, aku merepek post apa2 ikut suka aku..kalau ada cadangan atau komen, boleh tulis kat komen box kat bawah..sebelum aku lebih banyak merepek, baik aku berenti sekarang..

till finger meet keyboard again,
salam 'alayk (:


p/s: aku nak final exam hujung bulan 5 ni..dooakan aku ye semua orang!

Blog Owner

My photo
me, myself and i are one.