topbella

Thursday, October 16, 2014

struggle

salam all..sihat ke?
ya Allah! sibuk betul sem ni, padahal baru aje 4-5 minggu start sem..dengan clinic nye, dengan fyp nye, dengan assignments nye..kalau macam ni la susahnye jadi final year student, cam malas nak graduate..biar belajar aje (macam terrence dalam sydney white)..haha..macam mana la nak sambung master kalau camni *menggigil*

#f.y.p.#
macam aku cakap tadi, sem ni dah start final year project a.k.a fyp..aku yang memula dulu nak tajuk canggih, rasa bersyukur sangat tajuk baru aku senang..proposal da setel..sekarang cuma nak develop questionnaire aje..segala mak nenek consent form + revocation of consent form + info sheet pon da beres..dah boleh bernafas sikit tapi still tercungap2 la selagi tak lepas questionnaire & tak pilih subjek *berpeluh*

#oktober#
okay, kita lupakan kejap pasal fyp..bulan ni (oktober) ada 2 orang family member aku sambut besday..the one & only adik lelaki aku tahun ni 19 tahun & akak aku pulak 27 tahun..akak aku bestlaaa, dapat hadiah besday awal (si ulat bulu yang dah 5 bulan tu)..family aku selalunye takdelaa buat party ke apa, tp kalau full house *semua orang ada kat rumah* mesti ummi buat kek sebijik dua pastu sambut besday reramai..macam besday aku selalu sambut sekali dengan ummi (17 april), solehah (18 mei) dengan sakinah (11 jun). besday akak aku (27 oktober), adik lelaki aku (13 oktober) and besday ayah aku (24 november) pulak selalu celebrate sekali dengan wedding anniversary ummi+ayah (23 november)..bila cakap pasal family, tetiba homesick pulakk *nak nanges*

#potong line#
pernah tak korang tengah borang dengan sorang ni (cakap la A), tetiba datang satu mangkuk (cakap la B) nak borak/tanya something kat A, pastu terus A borak dengan B selama berhari2 & lupa terus pasal korang..kepada orang2 macam B tu, sila la belajar adab2 perbualan sikit..korang ni failed subjek Life Manual 101 eh? yang A pulak, patutnye suruh B tunggu sekejap, bukan terus borak dengan dia *berasap*

#mengumpat, mengata, mengejek#
ada orang selalu cakap mengumpat dosa sebab cakap belakang..tapi mengata mengejek tak dosa sebab cakap depan2..mana punye mazhab laa diorang pakai ni..tak dosa ke kalau sakitkan hati orang, kecikkan hati orang, haaaa? nak kata tak tau agama, semua sekolah agama, masuk usrah bagai..maybe orang tu tak cakap apa2, tapi dalam hati dia mana kita tau kan? tolonglaa, to whom it may concern, please stop this nonsense *nak sepak orang*

#nikah kawin#
okay, sume orang tau kau dah kawin, so bole stop kut update gambar setiap 2 saat..penat la mata tengok..before kawin, kemain lagi nak menjaga bagai, tapi bila dah kawin duk tayang2 kat orang..Rasulullah s.a.w. pun tak tunjuk2 kat orang la..maybe kau fikir "alaa, aku dah kawin, takpe dah halal" tapi orang yang belum kawin (contohnye: orang yang dah 30an tapi tak kawin lagi), kau tak pikir ke perasaan diorang? aku dah makin tak paham laa orang2 sekarang ni..masak maggi untuk laki pun nak bagitau kat facebook, insta..orang lain masak lasagna takde nak tunjuk ponnn..tak dapat pegi laki nye convo pun nak kecoh..sape suruh kawin awal *padan muka*

hahaha, aku pun tak tau aku merepek apa..baik aku berenti dulu dengan sepotong ayat "aku tak jeles langsung dengan sume tu".


till finger meet keyboard again,
salam 'alayk (:

p/s: sape2 terasa, aku taknak mintak maaf sebab ni blog aku, aku berhak tulis apa2 yang aku nak. sape makan roti sweetie, dia rasa manis.

Monday, September 1, 2014

2 bulan menghilang

salam sume, apa khabar? sori la, dah 2 bulan rupanya da x update blog ni. aku takde masa sebenarnye. baru habis internship kat hospital, kene siapkan segala documents yang nak kene hantar minggu ni + minggu depan. tu sebab la tak menjenguk.

1) internship
best gila practical. banyak dapat knowledge baru. sekarang baru rasa yang segala ilmu yang aku ada tak pernah cukup. tengok staf keje, mantap gila teori + praktikal jangan cakaplaa, mesti lagi hebat. padahal diorang belajar dulu lagi susah daripada kitorang. bila ditanya soalan, rasa macam tak pernah belajar apa2. banyak nak kene belajar balik ni.

2) raya
dah terlambat kut nak ucap selamat hari raya. takpelah, moga semua orang punya raya celebration meriah sangat. aku, cam biasa laa, balik kedah (kampung belah ayah aku) pastu pergi jalan2 kat melaka (kampung belah mak aku) pulak. pastu rumah2 yang terdekat. rumah kawan2 dah tak pergi, sebab kawan2 lama dah jauh, tak tau diorang kat mana. kawan2 sekarang pulak rumah jauh dari aku, just wish hari raya je thru msg + wasap.

3) ku elya alissa
tu nama anak sedara aku yang dah nak masuk 4 bulan. aku kan ada belajar sikit2 pasal developmental milestone baby, pastu bila aku tengok dia ni, aku rasa dia ni macam advanced sikit. baby lain mana boleh dongak umur sebulan, dia jangankan nak dongak, berdiri pun dah. tinggal nak duduk + jalan tanpa support aje. cepat betul masa jalan, tengok2 nanti da sekolah apa budak ni.


4) sem baru, tahun baru
hujung minggu ni balik uia balik, masuk tahun 4 pulak. insyaAllah aku nak grad tahun depan dengan classmates aku yang ada 16 orang aje tu. jom belajar rajin2!!!

tu jelaa nak cakap untuk entri ni. sebelum aku merepek, baik aku berenti dulu.

till finger meet keyboard again,
salam 'alayk (:



p/s: kalau aku nak bukak blog baru ajar bahasa arab, ada orang suka x agak2?

Friday, July 25, 2014

bila malas tulis blog...

salam all..maaf laa da lama sangat tak update blog ni..
sibuk bebeno semenjak dua menjak ni..

1) cuti sem
bila time cuti sem, memang perasaan nak bukak internet tu takde..jangankan blog, facebook dengan twitter pun dah ke mana menghilang..lagi2 bila ada 'ulat bulu' yang comel kat rumah, memang laptop tu duduk dalam stor aje laa.

2) praktikal
aku sekarang tengah latihan industri..tempat dirahsiakan..haha..tp alhamdulillah aku boleh adapt kat sana & dapat kawan2 baru yang sama2 belajar jugak, tukar2 idea, fikiran, nota & movies..baru 5 minggu setel, lagi 3 minggu sambung lepas raya nanti.

3) anak saudara
untuk sape2 yang taktau, kakak aku selamat melahirkan baby perempuan 6 may haritu..gambar2 memang takde langsung kat facebook, twitter @ instagram sebab aku pernah baca, tak elok letak gambar baby..jadi sape nak tengok si kecik, sila datang melawat ye.

4) obses baru
lepas westife dah berpecah, aku dah kurang dengar lagu2 diorang..tp minat akuu dah beralih ke satu boyband jepun..lagu2 haruslaa sedap, music video pun mantap, muka pun bole tahan hensem..bila aku bosan, aku ulang tengok variety show & music video diorang.


5) puasa
puasa time kerja tak rasa penat sangat bila compare kita tak buat apa2 kat rumah..sebab bila takde keje, kita akan duk tenung aje jam nak tengok bila nak bukak puasa..kalau keje, balik keje dah azan so bole terus makan..sepatutnya bila puasa kita lagi kena produktif & cepat..kan puasa tu 'F.A.S.T'?

6) mh 17
al-fatihah buat semua mangsa yang beragama islam & diharapkan ahli keluarga mangsa tabah mengahadapi dugaan.

sebelum mengundur diri, aku nak ucapkan selamat hari raya aldilfitri buat kawan2 serata dunia, mohon ampun dan maaf dipinta..balik kampung nanti, bawak kereta elok2 & berhati2 di jalan raya.


till finger meet keyboard again,
salam 'alayk (:

Tuesday, May 27, 2014

23 years of living

salam all, diharapkan semua sihat2 belaka..sebenarnya tengah sibuk final exam sem 2 untuk 3rd year tapi sebab rasa macam dah bersawang blog ni, tu yang jenguk kejap..rupa2nya dah nak sebulan aku tak tengok blog ni..maaflaa wahai blog..

beberapa hari yang lepas ulangtahun kelahiran aku.. ramai jugak yang wish..thru calls, messages, wasaps, facebook & face-to-face..ada jugak yang bagi hadiah, walaupun kalau ikut umur aku ni tak layak dapat hadiah, haha..gembira + terharu sangat2..gembira sebab masih ada yang ingat tarikh lahir aku..terharu sebab ada member yang sanggup tunggu pukul 12 untuk wish aku..

alhamdulillah, aku masih diberi peluang hidup selama 23 tahun..sepanjang umur tu, aku sangat bersyukur kepada semua yang pernah muncul dalam hidup aku..tapi aku nak highlight orang2 istimewa aje dalam blog ni..

1- ummi & ayah
tanpa anda berdua, mana saya nak ada kat dunia, kan? terima kasih dah lahirkan, jaga, didik, hantar pergi sekolah & sokong semua yang saya buat..moga saya dapat balas segala kebaikan kalian walaupun saya tahu tak terbalas..love you both!


2- along, banglang, uda, adik
korang adalah tulang belakang, penguat semangat & penyembuh segala kesakitan. along, terima kasih jadi 'shoulder to cry on'. banglang, terima kasih jadi kawan bergaduh. uda, terima kasih jadi tempat simpan rahsia. adik, terima kasih jadi 'the one & only adik'. love you all!


3- my sisters from another mother
ada, tiah, tiqah, fatin & nusaibah sayang..a simple thank you wouldn't enough, kan? hope we will stay sisters forever. love you all!


sekarang boleh fokus final exam (patutnya dah lama kena fokus kan?)..tak sabar nak balik..nak jumpa si kecik yang makin montel..

till finger meet keyboard again,
salam 'alayk ;)

Blog Owner

My photo
me, myself and i are one.