salam sume,,
memandangkan aku da penat jwb soalan2 mcm tajuk entri ni,,jadi aku pun nk cite sket la psl future job aku ni,,
siapa audiologist??
audiologist membantu mereka yang ada masalah dlm pendengaran, keseimbangan dan lain2 yg berkaitan dengan telinga.
apa bentuk perkhidmatan audiologist??
mereka mengukur keupayaan pesakit untuk mendengar dan membezakan antara bunyi dengan menggunakan pelbagai alatan. Menggunakan komputer untuk menilai dan mendiagnos gangguan keseimbangan, mereka juga menganalisis data ujian bersama-sama dengan data pendidikan, psikologi dan lain2 data perubatan pesakit untuk menentukan bentuk rawatan. Sebahagian daripada rawatan ini mungkin termasuk pemasangan, pengujian dan membekalkan alat bantu mendengar kepada mereka yang menghadapi masalah pendengaran.
siapa yang terlibat dengan audiologist??
audiologist bekerja dengan populasi khas seperti kanak2 yang dilahirkan dengan masalah pendengaran dan orang2 tua. majoriti tugas audiologist adalah berkaitan dengar masalah pendengaran (hearing impaired) dan kehilangan pendengaran (hearing loss).
keadaan bekerja audiologist??
biasanya bekerja di meja dengan persekitaran yang bersih dan selesa. kerja ini tidak mencabar fizikal tetapi memerlukan penelitian dan penumpuan yang sepenuhnya. kadangkala menuntut keperluan emosi pesakit dan keluarga mereka. audiologist sepenuh masa bekerja kira2 40 jam seminggu, termasuk hujung minggu dan waktu malam untuk memenuhi keperluan pesakit. mungkin mempunyai kontrak dengan sekolah2 atau institusi lain dan menghabiskan masa bekerja di lapangan (travelling).
profesional terlibat dengan audiologist??
pakar bedah ENT dan pakar2 lain (eg: neurologist), ahli terapi pertututan dan bahasa (speech-language pathologist), ahli fisioterapi, pakar pediatrik dan guru2 sekolah pelajar cacat.
erm,,asenye da byk info yg aku tulis kt sini,,kalau nak lebih sket, bole cari cik google ek,,tp kalau diizinkan Allah aku berumur panjang, aku nak sambung Master dlm speech-language n nk jadi speech-language therapist khusus ntok pediatric,,sb aku suka bdk2,,insyaAllah,,moga diperkenankan,,
till finger meet keyboard again
salam 'alayk :)
sumber: www.healthcaresalaryonline.com/audiologist-job-description.html, careers.stateuniversity.com › Health & Medicine, ww2.prospects.ac.uk/links/audiosci/ (penat translate)
2018
6 years ago
0 comments:
Post a Comment