topbella

Friday, July 25, 2014

bila malas tulis blog...

salam all..maaf laa da lama sangat tak update blog ni..
sibuk bebeno semenjak dua menjak ni..

1) cuti sem
bila time cuti sem, memang perasaan nak bukak internet tu takde..jangankan blog, facebook dengan twitter pun dah ke mana menghilang..lagi2 bila ada 'ulat bulu' yang comel kat rumah, memang laptop tu duduk dalam stor aje laa.

2) praktikal
aku sekarang tengah latihan industri..tempat dirahsiakan..haha..tp alhamdulillah aku boleh adapt kat sana & dapat kawan2 baru yang sama2 belajar jugak, tukar2 idea, fikiran, nota & movies..baru 5 minggu setel, lagi 3 minggu sambung lepas raya nanti.

3) anak saudara
untuk sape2 yang taktau, kakak aku selamat melahirkan baby perempuan 6 may haritu..gambar2 memang takde langsung kat facebook, twitter @ instagram sebab aku pernah baca, tak elok letak gambar baby..jadi sape nak tengok si kecik, sila datang melawat ye.

4) obses baru
lepas westife dah berpecah, aku dah kurang dengar lagu2 diorang..tp minat akuu dah beralih ke satu boyband jepun..lagu2 haruslaa sedap, music video pun mantap, muka pun bole tahan hensem..bila aku bosan, aku ulang tengok variety show & music video diorang.


5) puasa
puasa time kerja tak rasa penat sangat bila compare kita tak buat apa2 kat rumah..sebab bila takde keje, kita akan duk tenung aje jam nak tengok bila nak bukak puasa..kalau keje, balik keje dah azan so bole terus makan..sepatutnya bila puasa kita lagi kena produktif & cepat..kan puasa tu 'F.A.S.T'?

6) mh 17
al-fatihah buat semua mangsa yang beragama islam & diharapkan ahli keluarga mangsa tabah mengahadapi dugaan.

sebelum mengundur diri, aku nak ucapkan selamat hari raya aldilfitri buat kawan2 serata dunia, mohon ampun dan maaf dipinta..balik kampung nanti, bawak kereta elok2 & berhati2 di jalan raya.


till finger meet keyboard again,
salam 'alayk (:

Blog Owner

My photo
me, myself and i are one.