topbella

Sunday, November 29, 2015

a new phase of life

bismillahirrahmanirrahim..

to my beloved family especially ummi and ayah, special thanks to both of you for the endless support, love, care, prayers, motivations and everything you have given to raise this daughter of yours. i know that you will always be by my side. you are one of the greatest gift from Him and i could never repay you enough.



to all my lecturers, you are the parents of us as we live far from our families to pursue our study. thank you and may He blessed you with all good things in this life and hereafter for your patience in educating the young generations of yours. it is your prayer that we always need and continuous support to survive in the future.


to my dearest brothers and sisters of team audi gen8, it is indeed a great pleasure to be given the chance to be part of this family. may the bond last forever.


it is just a beginning. the journey is still long for us to learn and get mature. let's serve the community the best we can with a sincere heart. insyaAllah.

#iium31stconvocation #kulliyyahofalliedhealthsciences #bachelorofaudiology #turqoiseandpink #iium6yearsandcounting



officially graduated,
Nur 'Ain Fathanah bt. Mohd. Puzi
Bachelor of Audiology (Hons.)
Class of 2015 IIUM Kuantan

Friday, September 4, 2015

teman

salam all..



teman...
terima kasih kuucapkan
kerana memilihku menjadi sahabat kalian
kerana sudi meluangkan masa bersamaku
kerana sudi menjadi pendengar setiaku
kerana sudi berkongsi suka duka denganku
kerana sudi melayan kerenahku

teman...
doaku sentiasa mengiringi tiap langkah kalian
untuk kalian harungi liku-liku kehidupan
kalian insan teristimewa
hilangnya kalian tak mungkin ada pengganti

teman...
aku sayang kalian
aku rindu kalian
hanya memori yang menjadi peneman
tika aku dalam kesunyian
andainya hati kalian tercalar dan terluka
kupinta maafku diterima
doaku moga kalian beroleh bahagia

teman...
harapanku
kita berkawan di dunia
kita berjiran di syurga





till finger meet keyboard again
salam 'alayk (:




Thursday, July 23, 2015

..of bunga telor and high heels..

salam all. kali ni aku nak cakap benda serius.

"kau bile nak kawen?"
"kau dah ade sape-sape ke?"
"bila la aku boleh merasa nasik minyak hang?"

to those yang tanya macam2 version of these questions, please stop now! aku sendiri pun tak boleh jawab untuk diri aku sendiri, apatah lagi nak bagi jawapan kat korang. sudah2 la tu bertanya, menyibuk hal orang! pernah tak korang terfikir perasaan orang yang ditanya? mestila tak pernah, sebab tu sibuk2 & tak segan nak tanya.

seriously guys, bukan setakat soalan bila nak kawen, soalan bila nak dapat anak pun sensitif okayy. mana tahu orang yang ditanya tu dah bersungguh cari jodoh diorang, dah berusaha untuk dapat anak. satu je yang aku boleh fikir, orang yang bertanya tu takde common sense. aku rasa ada rama manusia yang akan bersetuju dengan aku.

as for me, aku ada kekurangan sendiri yang tak membolehkan aku kawen sekarang. puas hati?



till finger meet keyboard again,
salam 'alayk


p/s: tak mampu senyum dengan perangai manusia

Thursday, June 11, 2015

first degree

salam all, apa habaq? diharapkan semuanya sihat belaka..
alhamdulillah aku da unofficially graduate from iium untuk first degree aku, Bachelor in Audiology. tapi before tu, banyak nau dugaan dan ranjau yang terpaksa ditempuhi untuk mendapat title 'graduate' tu..

1) subjek2 yang perlu disetelkan
sebagai final year student, kitorg dah tak banyak kelas, tapi still kena fulfill certain requirement untuk sem2 terakhir ni. contohnye ada course seminar in audiology, ada 3 kelas je: briefing pasal course, oral presentation & poster presentation. dan ada jugak clinic dekat jhc & htaa tiap2 minggu, jumpa patients. university, kulliyyah & department required courses: checked!


2) viva
lepas dah siap fyp, kena bersoal jawab la pulakk dengan internal & external examiner. sebenarnya function viva ni, bak kata sv dengan internal examiner, "cuma nak tengok u all faham tak apa yang u all buat. kami lecturers ni taknak u all buat fyp membabi buta, buat sebab nak lulus, buat sebab nak dapat degree". rasa nak nanges bila dengar diorang cakap camtu, baru tau yang lecturers sayang sangat, even diorang nampak macam garang. final year project viva: checked!


3) thesis hardbound
setelah berkorban air mata, hingus, peluh & darah, akhirnya siap jugak thesis!!! malas cakap banyak. thesis: checked!


4) apppreciation gifts & love notes
selesai bagi hadiah untuk kawan2 dari cfs & thank you gift untuk semua lecturers department. gifts: checked!


rasa sedih jugaklaa nak tinggalkan semua kenangan yang ada dekat sini. tapi buat tabah je la kann? moga pesanan & amanat yang diberikan semua orang sepanjang 6 tahun (2 tahun cfs pj, 4 tahun kuantan) akan sentiasa menjadi pedoman & pegangan hidup. insyaAllah.


till finger meet keyboard again,
salam 'alayk (:

Tuesday, April 7, 2015

sekadar peringatan

salam sume.. harapnye you all sihat2 belaka laa ye, n sentiasa dalam perlindungan Allah.. sebenarnye rindu nak membebel dalam ni.. asyik menaip thesis aje..

tujuan post kali ni ialah nak menegur segelintir pihak yang menggunakan social media sewenang2nya.. jadi sape makan cili dia rasa pedas, sape tak buat apa2 tak payah terasa, okayy??

mereka yang cerita tentang perempuan
diorang ni post macam2 (especially kat facebook) pasal pregnancy test, breastfeeding, & benda2 yang ada kena mengena dengan bust up. masalahnye, aku yang baca dan lalu kt newsfeed tu pun malu. korang penah dengar tak yang imaginasi lelaki2 kat dunia ni liar & kreatif? firstly, pregnancy test tu korang pun tau camne korang buat, tak malu ke amek gambar ada k*****g korang? yang pasal breastfeeding tu pulak, even korang letak gambar yang takde kaitan langsung dengan mende2 tu, penceritaan korang da cukup buat lelaki2 ni gila. akak aku pernah ditanya oleh adik lelaki aku (umur dia 19), "along, diorang yang post pasal breastfeeding la, susu tak banyak la, diorang tak malu ke?" even akak aku yang dah kahwin tu pun terpukul dengan soalan dia. dah la adik laki sorang tu aje. adoilaa, wahai wanita2 sekalian, you're precious. keep it private, will ya? kenapa nak ditayang pada yang bukan hak?

mereka yang cerita tentang wedding, anak & PDA
korang mesti pernah dengar kan, rezeki orang masing2? tapi pernah tak korang fikir, tak pun 'terfikir' apa perasaan orang yang tak kahwin lagi padahal umur dah terlajak, atau pun orang yang still tak dapat anak even dah lama kahwin? sila jaga hati & perasaan orang lain sama! ada yang sikit2 post dia rindu husband/wife "miss you so much cayunk" *sorry i don't speak idiot*, yang post bagitau masak apa untuk husband "ni je yang mampu masak untuk husband" *duit takde ke masak tu aje*, yang post pasal husband bawak jalan "syoknye abang bawak jalan" *macam husband orang lain tak bawak wife dia jalan*, yang post pasal isteri masak sedap "terima kasih sayang sebab masak untuk abang" *macam isteri dia sorang aje yang masak untuk dia*. manusia2 macam ni sebenarnye diorang nak dipuji aje sebenarnye, jadi bila ada orang like & komen status dia, dia rasa dia dapat attention. ada jugak satu kaum/puak yang before kahwin kemain menjaga, tapi bila dah kahwin sume benda nak dibagitau. konon sweet couple la, suka bila orang duk komen kiut, comel etc. padahal dulu dia laa yang duk sibuk2 bercakap berdegar2 "public display of affection tu tak bagus, Rasulullah pun tak buat" tapi puiii! bukan aku nak memburukkan kaum2 ni, tapi orang akan mempertikaikan apa yang depa duk buat ni, sebab bertentangan dengan apa yang depa duk cakap. nanti sape susah? orang Islam jugak kannnn?

mereka yang cerita tentang awekss & boyprenss
yang ni komfem berdosa besar. lagikan orang yang bertunang pun tak leh mesra2, apatah lagi yang takde apa2 ikatan, kannn? jangan dibangga sangat hubungan yang takkan ke mana tu.. time belajar subjek ungs kat cfs dulu, dr cakap "bila terlalu banyak yang dah diberi sebelum kahwin, nanti dah takkan ada apa2 yang nak diberi selepas kahwin". satu lagi, bila couple2 ni, selalu mak bapak tak tau kan? so banyak la menipu parents, cakap pegi library/study group (padahal dating). nanti lepas kahwin, mesti akan boleh menipu jugak kann? fikir2kan laaaa. pastu banyak isu2 sekarang pasal non-muslim tak hormat muslims. macam mane diorang nak respect kita kalau perangai kita pun macam diorang? apa beza muslim vs non-muslim kalau gitu?

aku dah tak tau nak cakap pasal apa dah.. tulaa yang jadi bila aku dah start luahkan apa dalam hati ni, sume benda lupa.. hadoi laa.. aku serius takde niat nak kecikkan hati sape2, cuma harap akan kurang (lagi baik takde langsung) post2 yang macam ni.. mintak maaf kalau ada yang terasa, terkecik hari, terguris perasaan dengan post ni.. aku tinggalkan soalan2 kat setiap point tu supaya sume boleh muhasabah balik diri sendiri (aku pun) sebab kadang2 kita buat salah, kita takkan sedar, kena ada orang lain yang ingatkan.. sama2 laa kita menjadi muslim by heart & muslim by action ^^


till finger meet keyboard again,
salam 'alayk (:

Sunday, March 8, 2015

game

salam sume. dah sebulan aku tak update blog ni. tibe2 rasa nak main balik game yang aku penah post kt fb dulu. kut preference dah berubah kann. korang pun jemputlaa main gak (:

rule: guna huruf pertama untuk jawapan soalan pertama korang, untuk jawab sume soalan lain. pening? tak paham? tengok aku buat camne..

1- what is your name: ain
2- a 4-letter word: acid
3- a boy's name: adam
4- a girl's name: anne
5- an occupation: audiologist
6- a color: amethyst
7- something you'll wear: accessory
8- a food: apple
9- something found in the bathroom: air freshener
10- a place: Argentina
11- a reason for being late: air-conditioner problem
12- something you'd shout: argh!
13- a movie title: ao no honoo
14- something you drink: ABC
15- a musical group: arashi
16- an animal: Akita-breed dog
17- a type of car: alphard
18- a song title: a day in our life - arashi

*huaaarg! mengantuk tapi tak boleh tidur. teringat seseorang*

till finger meet keyboard again,
salam 'alayk (:

Saturday, January 31, 2015

piece of me

Thursday, January 15, 2015

tahun baru 2015

salam sume..harap2 semua pun sihat laa hendaknyee..

tiba2 dah masuk 2015, sekejap gila masa berjalan..aku pun dah nak grad dah bulan jun ni (insyaAllah)..rasa macam baru aje register utk first year kat grand hall uia kuantan..si ulat bulu pun dah masuk 8 bulan, dah boleh makan nasi lenyek da..

bila cakap pasal graduation, banyak laa benda aku pikir:

1) final year project
sekarang dalam proses writing ajelaa, data dah cukup kut..nasib baik aku buat questionnaire aje, bole la fokus kt writing aje bukak sem 2 ni..lagipun sv aku suh habiskan cepat2 sebab dia nak cuti panjang dalan bulan april, so aku bajet kena siap sume dalam bulan mac macam tu laaa..rosak keyboard, patah jari menaip lama2 nih~~

2) sem terakhir
aku memang kena buat bebetul laa sem 2 ni, alhamdulillah setakat ni aku tak penah repeat clinic lagi..cuma nak fokus kat benda2 yang kena membaca ni..aku pelik dengan diri aku, buku novel aku boleh habis baca paling kejap 30 min, buku ilmiah satu page pun susah..jadi aku punya new year resolution adalah nak baca buku ilmiah lebih sikit tahun ni~~

3) resume
memang da kena start laa sikit2 draft resume utk p hantar kat mana2 company yang best2..lagipun contoh akak aku punya ada, bole cilok idea dia..aku tengah pikir nak mintak government ke private..government susah laa nak dapat, tapi kalau dapat private memang ke laut laa aku nye clinical skill..camne?? cube bagi suggestion~~

4) hala tuju
aku nak jadi apa sebenarnye? clinician ke, academician ke, marketing personnel ke? tu sume pun ada kena-mengena dengan point no 3 kat atas.

okay, tukar topik..sebab aku tengah cuti sem, bermakna sekolah dah start..arakian adik2 aku pun dah balik asrama diorg..tak dapat laa nak story..akak aku pun skang duk bizi cari rumah baru, nak pindah cepat2 katanye..so dah lama tak jumpa alissa )):


p/s: kecewa dengan sikap manusia


till finger meet keyboard again,
salam 'alayk (:

Blog Owner

My photo
me, myself and i are one.