topbella

Thursday, March 13, 2014

japanese actor addict

salam all. diharapkan semua sihat la ye..

tengah duk pikir nak tulis apa untuk entri ni (sambil telinga dengar lagu n'sync this i promise you) tiba2 rasa nak cite pasal ni..dengan ini saya mengaku saya ada addiction yang kuat terhadap actor2 jepun (hahahaha), tapi yang lelaki la bukan yang perempuan..at least aku takde la tampal poster & takde la rasa nak kahwin dengan diorang, macam sesetengah orang yang gila korea ni. eh. hahaha.

1- oguri shun
sape tak kenal dia ni taktau la aku nak cakap apa, sangat terkenal dalam cerita crow zero, bimbo danshi, hana yori dango & hana kimi..dia jugak ada jadi shinichi kudo, yang paling best dia penah berlakon adalah cerita rich man, poor woman (aku tak suka heroin dia), sangat high tech la cite tu..superb!

2- ikuta toma
mamat ni berlakon sekali dengan oguri shun dalam cite hana kimi tu, kalau ikut orang korea dia ni second hero laa..dalam cite tu mamat ni sangat laa kelakar & suka berangan dan cakap sorang2..senyum dia memang killer laa..sape2 belum tengok sila tengok cepat!

3- hiro mizushima
actor ni aku kenal dalam hana kimi jugak (sebab cite ni banyak gile watak)..jadi ketua dorm sekolah lelaki yang tak pentingkan akademik tapi pentingkan kehenseman aje..dia jugak ada berlakon dalam cite lovely complex live action, jadi suzuki (dalam kartun yang dengan chiharu) tapi aku tak suka dia dalam cite ni. macam pervert!

4- nishikido ryo
actor ni sangat dikenali dalam cite 1L of tears kut..betul tak?? dalam cite ni, dia macam jadi budak yang jauhkan diri dari orang lain..jatuh cinta denga aya (erika sawajiri) terus belajar rajin2, & jadi doktor yang best dalam 1L special, kalau adik2 aku nak tengok, sila balik rumah la ye (:

5- nagase tomoya
mamat ni berlakon cite my boss my hero. anak yakuza, suka gaduh & merokok & PUDING! tapi memang bole pecah perut la tengok dia ni berlakon, facial expression dia memang mantap..dalam cite ni dia digambarkan sebagai orang yang sangat bodoh, sampai kena masuk sekolah balik..kena tengok tau cite ni!

6- yamashita tomohisa
dia berlakon dalam cite code blue, buzzer beat, kurosagi & dragonzakura. sebenarnya adik aku yang minat dia ni. bila aku tengok dia berlakon, aku pun dah tersuka dengan dia. tapi taklah se'obses' adik aku tu..tapi yang paling aku suka tengok dia berlakon dalam code blue la..sebab aku kan memang suka tengok cite2 doktor ni (:

7- hayami mokomichi
aku kenal dia ni sejak dia berlakon cite oh my girl..sorang yang kelam kabut, tapi sangat sayang anak sedara dia (yoshida riko)..tak silap aku dia ni model + singer..tapi tak sure la betul ke tak..mamat ni muka dia garang tapi bila dia senyum, memang sweet la..aku suka dia dengan manager sakurai ann tu (kato rosa) sebab dia pon comel (:

8- koike teppei
mamat ni jadi otani dalam lovely complex live action, shibatora (nama dia sebenarnya - shibata taketora), dragonzakura & iryu team medical dragon. muka dia ni memang sangat baby face, pastu senyum memang sangat menawan..hahahaha..aku sangat gila..kesimpulannya dia ni comellah!

0- sakaguchi kenji
ni actor yang paling baru aku minat..dia berlakon dengan koike teppei dalam iryu team medical dragon tu..cite doktor jugak..dia ni adalah doktor yang paling terer kat dunia la..masa aku tengok cite ni, dia ni macam yamashita tomohisa tu jugak, characteristics yang lebih kurang sama (:

so tu aje aku nak cite dengan korang..susunan ni bukan ranking..aku suka semua sama banyak..just senang nak cerita sikit camni..cerita2 yang aku sebut tu yang aku pernah tengok, yang aku ada & yang aku tau..maybe ada lagi cerita yang mereka2 ni berlakon tapi aku taktau..kalau minat boleh search lagi pasal diorang sumer ni (:

kalau korang nak tau sape artis perempuan jepun yang aku suka, or nak suh aku cite pasal mana2 cite jepun, boleh komen kat ruang bawah tu tau!

till finger meet keyboard again,
salam 'alayk



p/s: gambar2 dari cik google..thanks!


0 comments:

Post a Comment

Blog Owner

My photo
me, myself and i are one.